Page 1 of 1

RESEPI KICAP HOMEMADE VERSI 2

Posted: Sun Oct 10, 2021 2:18 pm
by TokJanggut
bahan-bahan kicap versi 2:
  • kacang kuda
  • jaggery dan molasses
  • sedikit bancuhan tepung ubi kayu
1)rendam kacang kuda 12-24 jam
2)cuci bersih kacang kuda dan toskan
3)rebus kacang kuda tersebut sehingga empuk
4)toskan
5)ambil air rebusan masak sehingga sedikit pekat. selepas itu, masukkan jaggery dan molasses.. gaul sebati
6)kacau bahan di atas sehingga sedikit pekat. jangan lupa kecilkan api
7)bila dah sebati.. masukkan bancuhan tepung ubi kayu.. kacau hingga sebati lagi.. masukkan sedikit garam himalaya.. tutup!

*maaf tau, ummi jarang ada sukatan.. biasa letak ikut suka, ikut rasa.. kalo nak manis, kurangkan gulanya.. kalo nak pekat, lebihkan tepungnya
*sedap! tadi pagi dah test.. anak-anak suka. alhamdulillah!

*terima kasih resepi asal di link

https://m.facebook.com/story.php?story_ ... 4410125663